Friday, July 27, 2018

Liquid Foundation Mary Kay yang Awesome

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

BEDAK BERCAPUK, FOUNDATION CRACK, 
MUKA JADI KELABU ASAP, HUH, STRESS !! TAUBAT DAH TAK NAK GUNA FOUNDATION LAGI !!!

Sayalah seorang Halimah yang BUKAN seorang pengguna foundation sejak dulu lagi.  Sebab pernah guna, tapi rasa macam tebal sangat kat muka, pastu bila pakai tu rasa bukan makin confident tapi makin tak confident nak keluar rumah.  Muka rasa macam jadi kelabu asap (maybe tak ada ilmu pemilihan kod warna agaknya, ya lah dekat Watson try kat tapak tangan, apply kat muka jadi lah camtu kejadian dia).  Haha.  End up saya pergi toilet cuci semula muka, keluar rumah pakai baby powder je.   Ya Allah, kalau ingat semula macam kelakar pulak.

Tapi kan bila dah try foundation Mary Kay ni, 360 darjah persepsi saya berubah tentang foundation.  Sebab apa?

Sebab saya dah tak payah tepek tebal-tebal pun dah cover satu muka saya tapi kejadian dia natural sangat.  Yang paling best rasa ringan dan tak bercapuk.  Bukan nak over claimed tau tapi memang sharing apa yang saya rasa. hihi.  

Timewise Liquid Foundation ni dirumus khas untuk lindung kulit dari persekitaran yang boleh akibatkan penuaan kulit.  Selain tu, foundation juga berfungsi untuk menapis segala debu dan kotoran daripada direct terkena pada kulit kita.

TIMEWISE LIQUID FOUNDATION MARY KAY

Yang hebatnya foundation Mary Kay ni sebab diformulasikan spesifik mengikut jenis kulit.  Ada 2 jenis iaitu :


1) Timewise Matte Wear Liquid Foundation

Bagi yang kulit combination to oily disaran juga jenis matte wear ni supaya dapat menyerap minyak pada kulit seterusnya mengawal kilauan kulit.  So kulit yang oily akan nampak matte dan bebas minyak.

2) Timewise Luminous Wear Liquid Foundation

Bagi yang berkulit normal to dry plak disaran guna jenis luminous wear untuk absorb lembapan dan keep skin moisturized.  Sebab bila kulit kering, kita perlu pastikan kulit terus lembap untuk elakkan garis halus.  So, pemilihan luminous wear highly recommended.


APA YANG MENARIK TENTANG LIQUID FOUNDATION MARY KAY

  • Fragrance-free
  • Non-comedogenic (tak menyumbat pori)
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Anti-aging benefit


Kalau rasa nak mencuba dengan foundation Mary Kay whatsapp je tau :)

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat

Thursday, July 26, 2018

Kelebihan Mary Kay CC Cream SPF 15

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rata-rata orang perempuan tahu apa tu foundation kan.  Halahhh kalau kaki make up tak payah cerita lah confirm master punya kan.  Tapi CC Cream tau tak apa dia? Tapi CC Cream Mary Kay nilah ramai yang jatuh cinta.  Customer saya pun repeat berkali-kali sebab best katanya.  

Pernah tengok tak rupa CC Cream Mary Kay.  Bagi yang tak pernah tengok meh saya bagi uols tatap sepenuh hati. hihi

Mary Kay CC Cream SPF 15


So apa tu CC Cream?  CC Cream adalah singkatan bagi Colour Correction atau Complexion Correction. Kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu "Pembetulan Tona Kulit". Teksturnya lebih ringan berbanding foundation.  Berfungsi seperti mekap untuk membetulkan ketaksempurnaan tona kulit dan dalam masa yang sama dirumus khas sebagai skincare untuk memelihara kecantikan kulit.

Dengan kata lain CC Cream ni dirumus sebagai skincare tetapi bertindak sebagai mekap.  Kenapa macam tu? So, here saya akan cerita tentang kelebihan CC Cream ni.

1) Melindung

Melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVA dan UVB dengan spektrum luas SPF 15.

2) Mencerah

Menyerikan kulit dan mencerahkan kulit dengan segera.

3) Ringan di muka

Bila apply muka seperti bebas mekap.  Pigmen berasaskan mineral dapat menambahbaik tona kulit dan berasa ringan pada kulit.

4) Minimumkan kemerahan

Yang kulit berjerawat dan sensitif pun boleh apply CC Cream ni.  Sebab berdasarkan ujikaji yang dibuat 91% wanita yang mempunyai masalah rosasea akui yang kemerahan kulit dorang dapat diminimumkan.  So yang ada jerawat pun highly la recommend CC Cream ni.

5) Tutup cela

Dah la ringan macam tak pakai apa-apa, bila apply CC Cream ni elok je tutup cela dan lingkaran gelap dalam masa yang sama teradun baik je dengan tona kulit.  Muka automatik nampak glowing natural.

6) Menghidrat

Kulit akan kekal hidrat selama 10 jam tanpa rasa berminyak atau melekit.  Kulit akan berasa lembab yang melegakan.

7) Mengurangkan tanda-tanda penuaan

CC Cream dirumus untuk minimumkan tampilan liang pori, kurangkan tampilan garis halus dan dalam masa yang sama tambah baik tekstur kulit dengan segera.

8) Mempertahan

Dapat melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit dengan kuasa antipengoksidaan.


SESUAI UNTUK SIAPA CC CREAM NI

  • Sesuai untuk semua jenis tona kulit (ada 4 jenis kod warna Very Light, Light to Medium, Medium to Deep dan Deep.
  • Sesuai untuk kulit yang berjerawat.
  • Sesuai untuk kulit sensiti.
  • Mereka yang inginkan alas mekap yang tidak heavy (ringan kat muka).



4 warna in total.  Saya sendiri gunakan kod warna Very Light.  Putih melepak? Eh tak lah, Very Light CC Cream ni tak ada lah cerah mana pun.  Saya punya kulit tak la cerah mana pun.  Tapi nice laa dengan Very Light sebab bila apply Medium to Deep rasa macam kusam pula kulit mukanya.  hihi


  
Kalau rasa nak try beralih arah kepada CC Cream whatsapp je tau :)

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat

Thursday, March 1, 2018

Kelebihan Skinvigorate Brush Mary Kay

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera !!

Rata-rata masalah wanita yang nak tampil cantik hadapi masalah macam kat bawah ni kan?

  1. Whitehead & blackhead
  2. Kulit berjerawat
  3. Open pores
  4. Bila cuci muka rasa tak bersih
  5. Tona kulit tak sekata
Sekarang tak payah risau, selain penggunaan skincare yang betul, saya amat-amat recommended SKINVIGORATE BRUSH ni.  Memang tersangat efektif dalam mengatasi masalah-masalah kat atas tadi tu.  Nah saya belanja link video skinvi brush.
 

ANTARA FAKTA SKINVIGORATE BRUSH YANG AWAK PERLU TAHU
  • Memberus bersih kotoran dan mekap 85% lebih bersih berbanding jari.
  • Sesuai untuk masalah whitehead dan blackhead.
  • Setiap helai bulu berus lebih halus dari saiz pori kulit dan tersangatlah lembut!
  • Membantu sehingga 60% serapan krim penjagaan wajah ke kulit.  Tanpa berus, krim mampu terserap 40% sahaja.

APA BEZA DENGAN MESIN MUKA BRAND LAIN?

  • Bersifat waterproof walaupun letak kat tepi sinki bilik air, air tak kan bertakung dalam mesin.
  • Lebih mampu milik berbanding internatinal brand yang lain, mana yang lagi murah dari Mary Kay punya, bersediakan untuk kulit rengsa dan luka, sebab berusnya kasar (sebab saya dah pernah beli).
  • Cara cuci berus yang sangat mudah, cuci je dengan shampu atau shower gel lepas guna. Putih semula lah berus tu nanti. 
  • Kelajuan yang boleh dipilih sama ada nak perlahan atau laju.  Terpulang. Tekan je button kat situ.. hihi
  • Kalau guna secara berterusan, memang kulit akan lebih bersih, tona kulit nampak lebih sekata dan lebih cerah.

Friday, January 12, 2018

Timewise Miracle Skincare

Assalamualaikum & Selamat sejahtera !!

FAKTA : PROSES PENUAAN SEMULAJADI KULIT BIASANYA 
BERMULA KETIKA KITA BERUSIA 20-AN.  

Apabila kulit semakin tua, kadar pembaharuannya mula perlahan.  Kulit akan menjadi lebih kering, kurang tegang dan kurang berseri.  Selain tu, faktor luaran seperti stress selalunya akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Dan ini semua fakta bukan rekaan saya ya sistorrr..hihi..

Timewise Miracle... dan kenapa Miracle?? Sebab skincare set ni dah diuji secara klinikal sebagai produk penentang usia supaya kulit kelihatan lebih muda.  So, sesuai sangatlah yang berusia 23 tahun ke atas untuk guna set ni kan memandangkan bermula umur 20-an kulit kita dah start nak menua.  menua ko. gituhhh!! haha.

Siapa yang sesuai guna skincare ni?

  1. Nakkan anti-aging benefit highly recommended sangat-sangat set ni tau.  
  2. Kulit yang kering / berminyak sebab set ni ada dua formula.
  3. Liang pori terbuka yang mana dengan penggunaan konsisten boleh kecilkan bukaan pori.
  4. Kulit kusam dan warna kulit tak sekata.
  5. Parut jerawat dan jeragat.
  6. Mempunyai masalah jerawat disebabkan tersalah guna produk (ermm saya lah tu).
  7. Inginkan regimen kulit yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya.
  8. Inginkan kulit yang cantik secara keseluruhan.
Set Timewise Miracle

Kan nama set ni miracle kan. kenapa saya cakap macam tu sebab dah terbukti pada diri saya sendiri.  Bila kulit makin berusia, kadar penghasilan kulit baru akan slow, so kulit akan kering, kurang tegang, dan kurang seri.  tapi set ni bertindak lawan balik. See the result :)

Testimoni diri sendiri ya :)

Bagaimana set timewise miracle ni bertindak?

1.  Timewise 3-in-1 Cleanser


  • Cleanser timewise ni akan bertindak 3-in-1 iaitu membersih, mengelupas dan menyegar.  Sekaligus membolehkan kulit yang kusam menjadi berseri dan bersih.
  • Terdapat 2 formula (Normal to Dry) dan (Combination to Oily) dan boleh juga didapati dalam bentuk cleansing bar.

2. Timewise Age Fighting Moisturiser


  • Sejenis pelembab yang memberikan penghidratan selama 10 jam dan mempercepatkan proses semulajadi kulit supaya kulit kelihatan tegang, licin dan muda.
  • Ia juga dirumus dengan sebatian humektan yang ekslusif dan merupakan antioksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas supaya kulit licin dan tampak berseri.

3. Timewise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF35

  • Berfungsi sebagai lapisan perlindungan dan menyekat kulit daripada ancaman sinar UVA dan UVB yang berbahaya.
  • Juga mengandungi antioksidan yang menyahaktif radikal bebas.
  • Juga mengandungi peptid penenang yang melegakan garis-garis ekspresi dan melembutkan keketaraan garis-garis kedutan

4. Timewise Night Solution
  • Mengandungi peptida anti-aging yang merangsang kolagen untuk melicin dan menegangkan kulit.
  • Mengoptimumkan proses pembaharuan kulit untuk mengembalikan keanjalan dan ketegangan dan membantu memudarkan garis-garis dan kedutan.

PERKARA YANG PALING MENARIK YANG ADA DALAM MIRACLE SET BERBANDING SKINCARE REGIMEN YANG LAIN

Mary Kay menawarkan sistem penjagaan kulit yang lengkap supaya kulit kekal cantik di samping mendapat faedah anti-penuaan yang tak ada pada regimen skincare yang lain.  Best ke best sangat? Antara 11 kelebihan yang terdapat dalam miracle set ni termasuklah membersih, mengelupas, menyegar, melembap, melindung, melicin, mengurangkan garis halus, menegang, melembut, mencergas, membina semula dan membekalkan kemasan tanpa cela.

Bayangkan awak semua dapat memperoleh semua faedah ini dalam satu set produk. Memang wow sangat !! 

Konklusinya, amboii konklusi kau..haha.  Saya tekankan kat sini, jadilah pengguna kosmetik yang bijak.  Carilah produk yang mineral-based untuk manfaat jangka masa panjang.  Sangatlah digalakkan agar awak semua untuk elakkan oil-based produk dan produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.  Cantik, putih, gebu, pinkish yaaaa. Tapi percayalah tu semua sekejap je (sebab saya dah alami, haishhh).  

Bila muka dah rosak, nak pulihkan balik susah tau, semangat kena tinggi, modal pun besar.  Kalau tak nak jadilah pengguna yang bijak.  Melabur duit untuk skincare 4 bulan sekali hatta 6 bulan sekali pun, berbaloi sangat.  Cantik dapat kulit yang sihat pun dapat.

Kalau rasa nak mencuba dengan rangkaian produk Mary Kay.  Saya sedia membantu as long as awak tak ada beauty consultant awak sendiri.  Whatsapp je tau :)

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat



Thursday, January 11, 2018

Botanical Effect Skincare

Assalamualaikum & good morning !!

Tertanya-tanya skincare botanical ni sesuai untuk siapa?? Yess posting ni wajib baca sampai habis.
Skincare Botanical Effect ini sesuai digunakan seawal umur 12 tahun dan tak ada had maksima umur.  Tapi kan, untuk kulit yang dah menunjukkan tanda-tanda penuaan, tak berapa dicadangkan untuk menggunakan skincare ni sebab kandungan yang sangat-sangat asas dan mild.  Next post saya akan cerita tentang skincare yang sesuai dengan muka yang dah menunjukkan tanda-tanda penuaan ya.. :)

BOTANICAL EFFECT IALAH REGIMEN ASAS YANG DIRUMUS 
KHAS UNTUK SEMUA JENIS KULIT TERMASUKLAH 
MEREKA YANG MEMPUNYAI KULIT SENSITIF 
KERANA SEMUA PRODUK 'BE' BEBAS DARIPADA 
PEWARNA SINTETIK DAN WANGIAN.

Apa yang bestnya tentang Botanical Skincare ini adalah ia dirumuskan dengan ramuan botani yang dikhususkan kepada jenis kulit supaya kulit kekal sihat. Tak ada lah istilah skincare sesuai untuk semua kulit kan.  Allah dah cipta dah setiap orang berlainan jenis kulit, so kita mesti nak kena ada ilmu untuk pilih skincare yang sesuai dengan kulit kita.  Saya dulu tak ada ilmu, ada je iklan kat TV cepat-cepat pergi Watson cari. Sedangkan yang diiklankan tu tak sesuai pun dengan kulit kita kan.  So kenal kulit dulu ya sistorrr..ihiksssss.

Siapakah yang paling sesuai gunakan set BE?


  • Seseorang yang mencari penjagaan kulit yang paling asas.
  • Belum lagi risau tentang tanda-tanda penuaan.
  • Ingin cantik dalam masa yang sama sayangkan planet (bekas dan kotak BE bagi ikan makan pun tak mati tau)
  • Kulit yng sensitif terhadap bahan-bahan tertentu.  BE telah diuji untuk kulit yang sensitif kerana bahan-bahan tertentu.
BE dirumus mengikut jenis kulit ya sistorrr iaitu kulit kering, kulit normal dan kulit berminyak.  Cer refer gambar dekat bawah.  Rumusan dalam setiap set berbeza mengikut jenis kulit.  Best sangat kan.  



Untuk pengetahuan, ketiga-tiga formula ni mengandungi :


  • Silymarin - Antioksidan yang dapat membantu pertahankan kulit daripada radikal bebas sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit.
  • Luo HAn Guo - dipanggil juga 'buah kelanjutan usia'.  Berfungsi sebagai antioksidan mujarab yang menggalakkan kulit yang sihat.
Now, meh saya cerita ramuan tambahan yang dikhususkan dalam setiap formula.  Tak payah catit pun baca je awak dah teruja tau. ihikss.


FORMULA 1 : KULIT KERING

  • Ekstrak biji flaks - Salah satu tumbuhan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu melembapkan dan melegakan kulit yang kering.
  • Ekstrak rumpai laut - Terkenal sebagai sumber vitamin, mineral dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit.

FORMULA 2 : KULIT NORMAL
  • Ekstrak bunga kemboja - bunga ini mempunyai faedah menenangkan dan melegakan selain berfungsi sebagai antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada tekanan persekitaran.
  • Ekstrak bunga teratai - bertindak sebagai antioksidan dan sumber mineral yang penting untuk kulit yang sihat.

FORMULA 3 : KULIT BERMINYAK

  • Ekstrak kanuka (pokok teh putih) - terkenal dengan faedah penghalusan yang boleh membantu mengelakkan pori daripada menjadi tersekat.
  • Ekstrak jambu batu - Dikenali sebagai sumber salisilik, sejenis pengelupas yang menyingkir kulit mati dan pori tersumbat agar dapat mengurangkan permukaan yang berminyak.

Ok, kalau refer pada ketiga-tiga gambar tu kan setiap formula ada 4 item.  Apakah item tu? Jom


1. Cleanser
  • Pembersih lembut yang menyingkirkan kotoran, meninggalkan kulit agar berasa lembut dan licin.

2. Hydrate
  • Pelembap mewah yang pantas terserap untuk menjadikan kulit sihat dan seimbang secara sempurna.

3. Freshen
  • Penyegar yang dapat menanggalkan sisa lebihan sambil mengembalikan keseimbangan kulit.

4. Mask
  • Penggunaan 2/3 kali seminggu supaya kulit dibersihkan secara mendalam sambil mencergaskan serta mengembalikan keseimbangan kulit.

Jadi untuk gunakan regimen skincare BE ni, jangan pakai terjah je tau.  Kenal pasti jenis kulit masing-masing dulu, then cari beauty consultant Mary Kay.  CAri saya pun boleh.  Saya bantu.

  • Inginkan consultation secara percuma? Ya, sayalah orang yang awak cari dengan syarat awak masih belum mempunyai Beauty Consultant lagi..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat

Botanical Effect - Produk Mary Kay yang Pertama Saya Gunakan

Assalamualaikum wanita cantik...

Malam ni Rayyan tidur awal..bolehla saya membebel panjang pasal pengalaman my FIRST produk Mary Kay yang saya gunakan..Yeay!!!

Produk pertama yang saya guna ofcourse laa skincare BOTANICAL EFFECT.. tapi kenapa set ni?? meh habaq sikit meh..post before this (sejarah skincare saya) saya pernah share yang saya pernah guna produk local kan kan kan... so thats why la masa tu Beauty Consultant saya (masa ni belum saya belum jadi BC lagi) suggest regimen set yang ni..bagi kulit betul-betul pulih dulu...meh belanja gambar sikit..
Skincare Botanical Effect (sumber google)

Ok sebenarnya semua Beauty Consultant Mary Kay akan selidik latar belakang penjagaan wajah kita sebelum kita nak menggunakan mana-mana skincare Mary Kay..sebabnya BC ni akan suggest produk yang paling effective untuk masalah kulit yang kita hadapi taw..jangan sembunyikan fakta..siapa yang rugi nanti?? awak jugak kan...melayang RM mcm tu je nanti.. NO NO NO !! ok..

Macam saya, alhamdulillah dijodohkan bertemu dengan Sale Director Mary Kay yang berpengalaman luas dalam produk Mary Kay dan saya amat yakin dia boleh tolong masalah kulit saya masa tu..saya cerita dari A-Z masalah yang saya hadapi ditambah pula dengan masalah bajet kewangan masa tu..so saya ambil set basic mengikut bajet saya masa tu..dan alhamdulilah muka saya serasi menggunakan skincare Mary Kay ni..

Pengalaman saya menggunakan produk local adalah saya dapat rasakan muka saya semakin kering dan sedikit mengelupas..mungkin sebab kulit kurang lembapan..kulit saya jadi kering mungkin disebabkan sabun cuci muka yang saya gunakan..mungkin mengandungi bahan terlarang..Wallahualam..Kulit muka saya putih secara mendadak dan kemerah-merahan di pipi..memang cantik la konon kan..da la putih tak payah pakai blusher plak tu..Tapi bila apply toner dia kat muka lepas cuci, azab pedih yang amat..maksudnya kalau pedih kenapa tu?? haaaaaa..fikir-fikirkan lah..tapi masa tu nak lawa punya pasal, tahankan ajeee...hikhik

Ok meh cerita sikit pasal set skincare Botanical Effect ni..  Botanical Effect ni diformulakan untuk 3 jenis kulit taw...

  1. untuk kulit kering - Formula 1
  2. untuk kulit normal - Formula 2
  3. untuk kulit berminyak - Formula 3
jap..jap..jap..macam mana nak tahu kulit muka kita ni jenis apa?? Ok, saya dah share post sebelum ni..boleh tekan link ni (kenali jenis kulit anda)

So, selepas dah bagi detail pada BC saya masa tu, saya dicadangkan mengambil Botanical Effect Formula 1 sebab kulit kering...sebabtu pentingnya tahu sejarah skincare diri..Jangan awak semua ingat bila kulit berjerawat itu berminyak dan harus guna Formula 3..NO! NO! NO! Perlu ada ilmu yaa..naik jerawat tu mungkin kesan penggunaan produk peeling dan bila kita stop pakai, kulit kita akan bernafas dan akan mengeluarkan segala apa yang tersimpan di bawah kulit tu...

Untuk Set F1. F2 dan F3 ini ada 4 produk :

  • Cleanser
  • Freshen
  • Hydrate
  • Mask

Untuk next post saya cerita lebih detail lagi tentang skincare BE ni.yahoooo!!

  • Inginkan consultation secara percuma? Ya, sayalah orang yang awak cari dengan syarat awak masih belum mempunyai Beauty Consultant lagi..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat



Friday, October 27, 2017

Kenali Kulit Wajah Anda

Assalamuaikum wanita cantik..

Pemakaian skincare yang berkesan bermula daripada apa??
Skincare yang berkesan pada kulit wajah kita ditentukan berdasarkan sejauh mana kita kenal dengan kulit wajah kita sendiri.. Kalau kita tak kenal jenis kulit muka kita, ofcourse kita akan menggunakan formula skincare yang salah untuk kulit kita..

Dan apa yang best dengan Mary Kay ni?? Skincare Mary Kay diformulakan mengikut jenis kulit bagi memenuhi keperluan kulit anda.. haaaaaaa.. tak ada lah SESUAI untuk semua kulit je kan...sebab lain jenis kulit lainlah formulanya...kannn..barulah berkesan...

Tak tahu nak tentukan jenis kulit anda?? Keliru?? Jom saya tolong...

So, let's know our skin type...



Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza bergantung kepada kandungan air dan minyak pada kulit.. Secara umumnya ada 4 jenis kulit :
  1. Kulit kering
  2. Kulit normal
  3. Kulit berminyak
  4. Kulit kombinasi
Ingat ya, jenis kulit kita juga boleh berubah-ubah atas beberapa faktor :
  1. stress
  2. perubahan hormon
  3. pengambilan ubat-ubatan
  4. kurang minum air
  5. dan lain-lain
So, awak semua jangan pelik pulak bila dulu kulit kering, sekarang tiba-tiba kulit jadi berminyak atau sebaliknya..So that, kita kena lah peka dengan perubahan yang berlaku dengan muka kita..

So boleh refer pada gambar ni sebagai rujukan (sumber google)


KULIT KERING
  • Kulit kering selalu berasa ketat.
  • Ada garisan-garisan halus.
  • Porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar apabila disentuh.
  • Awas ! Kulit kering mempercepat penuaan taw!
  • Keperluan utama kulit kering adalah menambahkan kelembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.

KULIT NORMAL
  • Kelihatan licin, halus dan mempunyai tona kulit yang sekata dan sihat.
  • Tekstur kulitnya halus dan porinya tak ketara.
  • Tidak berminyak dan tidak kering (seimbang).
  • Tiada cela.
  • Jika anda mempunyai ciri seperti ini, TAHNIAH ! awak sangat beruntung taw ! Selalunya kulit normal ni macam kulit baby memang sihat tanpa cela.. bertuahnya !!
  • Keperluan utama kulit ini adalah dengan terus mengekalkan keseimbangan kelembapan supaya kulit kekal sihat.

KULIT BERMINYAK
  • Ciri-ciri kulit berminyak amat ketara.
  • Porinya kasar dan kulit kelihatan berkilat.
  • Kadang-kadang muka jadi melekit dan berminyak selepas beberapa jam mencuci muka.
  • Sebum yang berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat.
  • Awas !! Kulit yang berlebihan minyak akan mudah ditumbuhi jerawat.
  • Keperluan utama kulit ini adalah mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran dan minyak yang berlebihan.

KULIT KOMBINASI
  • Merupakan antara jenis kulit kebanyakan wanita kerana jenis kulit ini agak lazim.
  • Kulit jenis ini agak normal KECUALI di kawasan T-Zone (kawasan yang membentuk huruf T yang melintasi dahi dan di sepanjang hidung hingga ke dagu) akan berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering atau normal.
  • Keperluan bagi jenis kulit ini adalah memastikan kulit sihat dan seimbangkan dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yang labih berminyak.

So, sekarang awak boleh kenal pasti jenis kulit muka awak semua?? Ingat taw, pilih skincare yang BETUL dan FOKUS  pada regimen penjagaan kulit yang betul akan beri result yang terbaik..

IMPORTANT FACT about Mary Kay yang saya nak tekankan adalah produk Mary Kay adalah mineral-based produk.. Mary Kay habiskan berjuta-juta duit untuk R&D.. Lebih 50 tahun Mary Kay bertahan dalam industry kecantikan.. maksudnya apa?? 
Mary Kay tersangatlah boleh dipercayai taw !! 

Saya tak akan bercakap kalau tak bagus..sebab saya sendiri dah pernah guna..boleh refer link ni sejarah skincare saya..

Testimoni diri sendiri :)

Back to topic.. jadi awak dah kenal jenis kulit?? Lepas ni dah tak risau lagi dah bila Beauty Consultant tanya jenis kulit awak..hihihi.. Bagi yang ada masalah kulit, jangan risau, kita cari jalan sama-sama nak sihatkan semula kulit awak ya..saya pun pernah alami satu masa dulu.. Jangan terus biar confident level jatuh menjunam taw!! 

  • Inginkan consultation secara percuma? Ya, sayalah orang yang awak cari dengan syarat awak masih belum mempunyai Beauty Consultant lagi..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat

Sejarah Skincare sebelum berjodoh dengan Mary Kay

Assalamualaikum..

Bismillah....

Sebelum saya share produk-produk Mary Kay yang best gila ni, saya nak buat pengakuan..(suspen tak)..hihi..ok let's straight to the point..sebelum Allah jodohkan dengan Mary Kay, saya dah cuba macam-macam produk sampailah muka saya break out teruk.. dan break out tu sangat memberi kesan dalam hidup saya...sebab apa?? sebab sampai sekarang album kahwin saya berhabuk tepi katil sebab tak ada hati nak tengok pun..

jap..jap..jap! Apa kaitan album kahwin plak ni?? hihi..sebab ada kaitan dengan sejarah skincare saya..saya cerita sejarah produk kecantikan yang pernah menempel di muka saya ya...

2005 - 2008

Zaman sekolah

  • Masa zaman sekolah, saya amat bangga dengan kulit muka saya sebab tiada cacat cela (perasan sungguh).. No jerawat, kulit halus bak baby (hiperbola sangat) .. cuma kulit sedikit gelap sebab agak aktif sukan dicampur pula dengan keturunan yang tak berapa nak putih..
  • Produk masa ni beli barang kat Watson je.. seingat saya pencuci muka saya guna Syurah Remajah (tak tahu la ada lagi tak sekarang ni) krim muka plak saya guna Safi Balqis hijau.
2009 - 2010 
  • Masa ni gatal nak mencuba skincare set..saya mula membeli set Olay..setelah seminggu penggunaan, muka menunjukkan reaction yang tak best..mula timbul jerawat pasir di dahi dan muka bertambah kusam.
  • Saya stop gunakan Olay dan kembali kepada Safi..tapi kulit still sama..
  • Mula rasa down dengan kulit muka sediri..confident level jadi sangat low masa tu..nak jumpa orang pun malu sebab muka tak pernah jadi seteruk tu.
  • Pak cik suggest guna sabun muka jambu batu, saya cuba..tapi muka bertambah teruk..rasa nak menangis tiap masa..dan cuba elak jumpa orang sebab perasaan malu yang teramat.
2011 - 2013
  • Teman mak cik pergi spa untuk buat rawatan resdung..di situ saya nekad untuk buat spa muka sebab harganya yang murah, cuma RM21.. (murah kan)..selepas spa saya rasa kulit muka lain..lepas tu balik rumah macam biasa..
  • Esoknya saya datang semula ke kedai spa tu dan buat keputusan untuk beli skincare spa tersebut yang berjenama AV**T..Dua minggu je pakai, saya punya happy tak terkata..jerawat hilang, muka glowing, pipi merah-merah gituw..semua tegur kulit muka dah sihat..
  • Dua tahun saya guna produk ni, dan after dua tahun, saya mula perasan skincare ni dah tak beri apa-apa kesan pada muka saya..guess what apa jadi di muka saya?? Tompok hitam di bahagian belakang pipi (sampai sekarang masih ada, sedang guna serum Malacep untuk hilangkan), hitam di bawah dagu kiri kanan, jerawat pasir di dahi dan jerawat besar-besar di rahang dan pipi..
  • Dah mula fed up dengan muka sendiri, confident diri dah tak ada... saya ingat lagi masa ni saya praktikum di sekolah..memang la seksa..malu yang amat..
2014 - 2015
  • Masa ni dah tunang, tahun 2015 nak kahwin, muka bertambah teruk..tunang saya (sekarang suami) hihihi.. habis beratus-ratus ringgit bawa saya pergi klinik pakar kulit..sekali pergi RM300+ mesti melayang punya..sayang punya pasal dia turutkan sebab malas dengar tunang dia ni asyik merungut je pasal muka..berapa kali jumpa doktor still tak ada perubahan..saya pulak jenis yang tak sabar..so stop dah jumpa doktor..
  • Kakak suggest guna skincare N**r A*n.. dah guna satu set pun sama..makin teruk...sampailah saat saya nak kahwin Mei 2015..muka breakout gila..sampai tahap make up tebal gila pun masih tak boleh cover jerawat besar-besar tu..i guess jerawat batu kot..memang sedih gila..dan sebab tu lah jugak album kahwin saya tersemat rapi tepi katil..hihi
Gambar honeymoon lepas kahwin..nampak tak muka break out gila..
jerawat besar-besar babe..

2015 - 2016
  • Selepas beberapa bulan kahwin, saya berani-berani guna skincare D*n*r*..Minta consultation daripada online seller..dia guide cara pemakaian, sampailah muka saya pulih semula..memang happy sangat sbb jerawat besar-besar dah tak ada, kulit dah tak kusam..pendek cerita memang happy..semua orang pun tegur..
Semasa guna D*n*r* muka glowing, putih, pipi merah-merah
(perfect) seperti yang diidamkan
  • Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..dekat setahun guna skincare D*n*r*, kulit mula nak tunjukkan ciri-ciri nak breakout..saya memang cemas dah..plus masa tu giat sangat keluar paper viral pasal bahaya produk timbang kilo ni..aduhhhh berdebar hati...pulak tu saya wasep seller online saya tu dia tak reply..saya syak mungkin dia dah tak jual lagi..
2017
  • Dan dari situ lah bermulanya saya berkenal-kenal dengan Mary Kay..saya google skincare yang 100% botanical dan selamat..
  • sehingga kini saya terus dan terus jatuh cinta dengan Mary Kay..sebab Mary Kay kulit muka saya bertambah-tambah sihat...setiap hari nak sentuh, ramas je kulit muka, sebab dah sekata dan moist sentiasa..best sangat bila kulit sihat !!
Happy bila kulit semakin sihat..Alhamdulillah..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
IG Page : Halimah Mahat
FB Page : Halimah Mahat

Liquid Foundation Mary Kay yang Awesome