Friday, January 12, 2018

Timewise Miracle Skincare

Assalamualaikum & Selamat sejahtera !!

FAKTA : PROSES PENUAAN SEMULAJADI KULIT BIASANYA 
BERMULA KETIKA KITA BERUSIA 20-AN.  

Apabila kulit semakin tua, kadar pembaharuannya mula perlahan.  Kulit akan menjadi lebih kering, kurang tegang dan kurang berseri.  Selain tu, faktor luaran seperti stress selalunya akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Dan ini semua fakta bukan rekaan saya ya sistorrr..hihi..

Timewise Miracle... dan kenapa Miracle?? Sebab skincare set ni dah diuji secara klinikal sebagai produk penentang usia supaya kulit kelihatan lebih muda.  So, sesuai sangatlah yang berusia 23 tahun ke atas untuk guna set ni kan memandangkan bermula umur 20-an kulit kita dah start nak menua.  menua ko. gituhhh!! haha.

Siapa yang sesuai guna skincare ni?

  1. Nakkan anti-aging benefit highly recommended sangat-sangat set ni tau.  
  2. Kulit yang kering / berminyak sebab set ni ada dua formula.
  3. Liang pori terbuka yang mana dengan penggunaan konsisten boleh kecilkan bukaan pori.
  4. Kulit kusam dan warna kulit tak sekata.
  5. Parut jerawat dan jeragat.
  6. Mempunyai masalah jerawat disebabkan tersalah guna produk (ermm saya lah tu).
  7. Inginkan regimen kulit yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya.
  8. Inginkan kulit yang cantik secara keseluruhan.
Set Timewise Miracle

Kan nama set ni miracle kan. kenapa saya cakap macam tu sebab dah terbukti pada diri saya sendiri.  Bila kulit makin berusia, kadar penghasilan kulit baru akan slow, so kulit akan kering, kurang tegang, dan kurang seri.  tapi set ni bertindak lawan balik. See the result :)

Testimoni diri sendiri ya :)

Bagaimana set timewise miracle ni bertindak?

1.  Timewise 3-in-1 Cleanser


  • Cleanser timewise ni akan bertindak 3-in-1 iaitu membersih, mengelupas dan menyegar.  Sekaligus membolehkan kulit yang kusam menjadi berseri dan bersih.
  • Terdapat 2 formula (Normal to Dry) dan (Combination to Oily) dan boleh juga didapati dalam bentuk cleansing bar.

2. Timewise Age Fighting Moisturiser


  • Sejenis pelembab yang memberikan penghidratan selama 10 jam dan mempercepatkan proses semulajadi kulit supaya kulit kelihatan tegang, licin dan muda.
  • Ia juga dirumus dengan sebatian humektan yang ekslusif dan merupakan antioksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas supaya kulit licin dan tampak berseri.

3. Timewise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF35

  • Berfungsi sebagai lapisan perlindungan dan menyekat kulit daripada ancaman sinar UVA dan UVB yang berbahaya.
  • Juga mengandungi antioksidan yang menyahaktif radikal bebas.
  • Juga mengandungi peptid penenang yang melegakan garis-garis ekspresi dan melembutkan keketaraan garis-garis kedutan

4. Timewise Night Solution
  • Mengandungi peptida anti-aging yang merangsang kolagen untuk melicin dan menegangkan kulit.
  • Mengoptimumkan proses pembaharuan kulit untuk mengembalikan keanjalan dan ketegangan dan membantu memudarkan garis-garis dan kedutan.

PERKARA YANG PALING MENARIK YANG ADA DALAM MIRACLE SET BERBANDING SKINCARE REGIMEN YANG LAIN

Mary Kay menawarkan sistem penjagaan kulit yang lengkap supaya kulit kekal cantik di samping mendapat faedah anti-penuaan yang tak ada pada regimen skincare yang lain.  Best ke best sangat? Antara 11 kelebihan yang terdapat dalam miracle set ni termasuklah membersih, mengelupas, menyegar, melembap, melindung, melicin, mengurangkan garis halus, menegang, melembut, mencergas, membina semula dan membekalkan kemasan tanpa cela.

Bayangkan awak semua dapat memperoleh semua faedah ini dalam satu set produk. Memang wow sangat !! 

Konklusinya, amboii konklusi kau..haha.  Saya tekankan kat sini, jadilah pengguna kosmetik yang bijak.  Carilah produk yang mineral-based untuk manfaat jangka masa panjang.  Sangatlah digalakkan agar awak semua untuk elakkan oil-based produk dan produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.  Cantik, putih, gebu, pinkish yaaaa. Tapi percayalah tu semua sekejap je (sebab saya dah alami, haishhh).  

Bila muka dah rosak, nak pulihkan balik susah tau, semangat kena tinggi, modal pun besar.  Kalau tak nak jadilah pengguna yang bijak.  Melabur duit untuk skincare 4 bulan sekali hatta 6 bulan sekali pun, berbaloi sangat.  Cantik dapat kulit yang sihat pun dapat.

Kalau rasa nak mencuba dengan rangkaian produk Mary Kay.  Saya sedia membantu as long as awak tak ada beauty consultant awak sendiri.  Whatsapp je tau :)

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat



Thursday, January 11, 2018

Botanical Effect Skincare

Assalamualaikum & good morning !!

Tertanya-tanya skincare botanical ni sesuai untuk siapa?? Yess posting ni wajib baca sampai habis.
Skincare Botanical Effect ini sesuai digunakan seawal umur 12 tahun dan tak ada had maksima umur.  Tapi kan, untuk kulit yang dah menunjukkan tanda-tanda penuaan, tak berapa dicadangkan untuk menggunakan skincare ni sebab kandungan yang sangat-sangat asas dan mild.  Next post saya akan cerita tentang skincare yang sesuai dengan muka yang dah menunjukkan tanda-tanda penuaan ya.. :)

BOTANICAL EFFECT IALAH REGIMEN ASAS YANG DIRUMUS 
KHAS UNTUK SEMUA JENIS KULIT TERMASUKLAH 
MEREKA YANG MEMPUNYAI KULIT SENSITIF 
KERANA SEMUA PRODUK 'BE' BEBAS DARIPADA 
PEWARNA SINTETIK DAN WANGIAN.

Apa yang bestnya tentang Botanical Skincare ini adalah ia dirumuskan dengan ramuan botani yang dikhususkan kepada jenis kulit supaya kulit kekal sihat. Tak ada lah istilah skincare sesuai untuk semua kulit kan.  Allah dah cipta dah setiap orang berlainan jenis kulit, so kita mesti nak kena ada ilmu untuk pilih skincare yang sesuai dengan kulit kita.  Saya dulu tak ada ilmu, ada je iklan kat TV cepat-cepat pergi Watson cari. Sedangkan yang diiklankan tu tak sesuai pun dengan kulit kita kan.  So kenal kulit dulu ya sistorrr..ihiksssss.

Siapakah yang paling sesuai gunakan set BE?


  • Seseorang yang mencari penjagaan kulit yang paling asas.
  • Belum lagi risau tentang tanda-tanda penuaan.
  • Ingin cantik dalam masa yang sama sayangkan planet (bekas dan kotak BE bagi ikan makan pun tak mati tau)
  • Kulit yng sensitif terhadap bahan-bahan tertentu.  BE telah diuji untuk kulit yang sensitif kerana bahan-bahan tertentu.
BE dirumus mengikut jenis kulit ya sistorrr iaitu kulit kering, kulit normal dan kulit berminyak.  Cer refer gambar dekat bawah.  Rumusan dalam setiap set berbeza mengikut jenis kulit.  Best sangat kan.  



Untuk pengetahuan, ketiga-tiga formula ni mengandungi :


  • Silymarin - Antioksidan yang dapat membantu pertahankan kulit daripada radikal bebas sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit.
  • Luo HAn Guo - dipanggil juga 'buah kelanjutan usia'.  Berfungsi sebagai antioksidan mujarab yang menggalakkan kulit yang sihat.
Now, meh saya cerita ramuan tambahan yang dikhususkan dalam setiap formula.  Tak payah catit pun baca je awak dah teruja tau. ihikss.


FORMULA 1 : KULIT KERING

  • Ekstrak biji flaks - Salah satu tumbuhan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu melembapkan dan melegakan kulit yang kering.
  • Ekstrak rumpai laut - Terkenal sebagai sumber vitamin, mineral dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit.

FORMULA 2 : KULIT NORMAL
  • Ekstrak bunga kemboja - bunga ini mempunyai faedah menenangkan dan melegakan selain berfungsi sebagai antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada tekanan persekitaran.
  • Ekstrak bunga teratai - bertindak sebagai antioksidan dan sumber mineral yang penting untuk kulit yang sihat.

FORMULA 3 : KULIT BERMINYAK

  • Ekstrak kanuka (pokok teh putih) - terkenal dengan faedah penghalusan yang boleh membantu mengelakkan pori daripada menjadi tersekat.
  • Ekstrak jambu batu - Dikenali sebagai sumber salisilik, sejenis pengelupas yang menyingkir kulit mati dan pori tersumbat agar dapat mengurangkan permukaan yang berminyak.

Ok, kalau refer pada ketiga-tiga gambar tu kan setiap formula ada 4 item.  Apakah item tu? Jom


1. Cleanser
  • Pembersih lembut yang menyingkirkan kotoran, meninggalkan kulit agar berasa lembut dan licin.

2. Hydrate
  • Pelembap mewah yang pantas terserap untuk menjadikan kulit sihat dan seimbang secara sempurna.

3. Freshen
  • Penyegar yang dapat menanggalkan sisa lebihan sambil mengembalikan keseimbangan kulit.

4. Mask
  • Penggunaan 2/3 kali seminggu supaya kulit dibersihkan secara mendalam sambil mencergaskan serta mengembalikan keseimbangan kulit.

Jadi untuk gunakan regimen skincare BE ni, jangan pakai terjah je tau.  Kenal pasti jenis kulit masing-masing dulu, then cari beauty consultant Mary Kay.  CAri saya pun boleh.  Saya bantu.

  • Inginkan consultation secara percuma? Ya, sayalah orang yang awak cari dengan syarat awak masih belum mempunyai Beauty Consultant lagi..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat

Botanical Effect - Produk Mary Kay yang Pertama Saya Gunakan

Assalamualaikum wanita cantik...

Malam ni Rayyan tidur awal..bolehla saya membebel panjang pasal pengalaman my FIRST produk Mary Kay yang saya gunakan..Yeay!!!

Produk pertama yang saya guna ofcourse laa skincare BOTANICAL EFFECT.. tapi kenapa set ni?? meh habaq sikit meh..post before this (sejarah skincare saya) saya pernah share yang saya pernah guna produk local kan kan kan... so thats why la masa tu Beauty Consultant saya (masa ni belum saya belum jadi BC lagi) suggest regimen set yang ni..bagi kulit betul-betul pulih dulu...meh belanja gambar sikit..
Skincare Botanical Effect (sumber google)

Ok sebenarnya semua Beauty Consultant Mary Kay akan selidik latar belakang penjagaan wajah kita sebelum kita nak menggunakan mana-mana skincare Mary Kay..sebabnya BC ni akan suggest produk yang paling effective untuk masalah kulit yang kita hadapi taw..jangan sembunyikan fakta..siapa yang rugi nanti?? awak jugak kan...melayang RM mcm tu je nanti.. NO NO NO !! ok..

Macam saya, alhamdulillah dijodohkan bertemu dengan Sale Director Mary Kay yang berpengalaman luas dalam produk Mary Kay dan saya amat yakin dia boleh tolong masalah kulit saya masa tu..saya cerita dari A-Z masalah yang saya hadapi ditambah pula dengan masalah bajet kewangan masa tu..so saya ambil set basic mengikut bajet saya masa tu..dan alhamdulilah muka saya serasi menggunakan skincare Mary Kay ni..

Pengalaman saya menggunakan produk local adalah saya dapat rasakan muka saya semakin kering dan sedikit mengelupas..mungkin sebab kulit kurang lembapan..kulit saya jadi kering mungkin disebabkan sabun cuci muka yang saya gunakan..mungkin mengandungi bahan terlarang..Wallahualam..Kulit muka saya putih secara mendadak dan kemerah-merahan di pipi..memang cantik la konon kan..da la putih tak payah pakai blusher plak tu..Tapi bila apply toner dia kat muka lepas cuci, azab pedih yang amat..maksudnya kalau pedih kenapa tu?? haaaaaa..fikir-fikirkan lah..tapi masa tu nak lawa punya pasal, tahankan ajeee...hikhik

Ok meh cerita sikit pasal set skincare Botanical Effect ni..  Botanical Effect ni diformulakan untuk 3 jenis kulit taw...

  1. untuk kulit kering - Formula 1
  2. untuk kulit normal - Formula 2
  3. untuk kulit berminyak - Formula 3
jap..jap..jap..macam mana nak tahu kulit muka kita ni jenis apa?? Ok, saya dah share post sebelum ni..boleh tekan link ni (kenali jenis kulit anda)

So, selepas dah bagi detail pada BC saya masa tu, saya dicadangkan mengambil Botanical Effect Formula 1 sebab kulit kering...sebabtu pentingnya tahu sejarah skincare diri..Jangan awak semua ingat bila kulit berjerawat itu berminyak dan harus guna Formula 3..NO! NO! NO! Perlu ada ilmu yaa..naik jerawat tu mungkin kesan penggunaan produk peeling dan bila kita stop pakai, kulit kita akan bernafas dan akan mengeluarkan segala apa yang tersimpan di bawah kulit tu...

Untuk Set F1. F2 dan F3 ini ada 4 produk :

  • Cleanser
  • Freshen
  • Hydrate
  • Mask

Untuk next post saya cerita lebih detail lagi tentang skincare BE ni.yahoooo!!

  • Inginkan consultation secara percuma? Ya, sayalah orang yang awak cari dengan syarat awak masih belum mempunyai Beauty Consultant lagi..

Halimah Mahat
+60169473206
Independent Beauty Consultant
FB : Halimah Mahat
IG : Halimah Mahat



Liquid Foundation Mary Kay yang Awesome